Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ni aku nak kongsi sebuah kisah. Kisah ni aku dengar dekat memana, tapi aku tak ingat dari mana. Yang aku ingat ceritanya.
Ni che nak habaq. Ada sebuah kampung, yang mana banyak katak-katak berhimpun pada hujung tahun. Apa depa nak buat, tak lain tak bukan, nak berlumba sapa dapat sampai puncak gunung. Katak-katak tertentu yang sempoi saja terpilih untuk lari naik gunung tu. Pasaipa depa nak lari panjat gunung, aku pun taktau. Mungkin dapat katak betina seksi kot? Tak kisah la. Jadi, katak-katak sempoi ni pun mula lari naik gunung.
Tetiba, kedengaran bisikan-bisikan sumbang pasal perlumbaan tu. Datangnya dari katak-katak yang kurang sempoi yang hanya jadi penonton saja (dah la tak sempoi, kerja nak gosip ngutuk orang ja). "Ceh, buang masa ja depa pi lari naik gunung". Ada juga yang cakap, "Depa tak boleh buat punya, gunung tu tinggi". Sebilangan katak-katak sempoi yang sedang lari naik gunung tu terdengar, dan depa patah semangat. Berenti lari, dan turun balik sebab depa rasa apa katak-katak lain dekat bawah jeles bukan main sampai ngutuk macam tu.
Tapi, masih ada lagi katak-katak sempoi yang meneruskan perlumbaan tu. Tapi, hati katak, tak pernah tenang dengan yang lain. "Aku bet dengan hang, yang depa tak boleh sampai puncak". "Tinggi sangat gunung tu, tak selamat nak sampai, turun balik la woi, kami tak larat nak tengok dah". "Depa yang lari naik atas ni mesti bajet tough nak tunjuk kuat. Padahal koman sepana ja". Maka, banyak lagi katak-katak sempoi yang mendengar ayat-ayat tu, putus asa. Takda semangat dah nak panjat gunung tu. Sebab katak-katak sempoi ni kisah sangat pasal pandangan katak lain.
"Eh, ada lagi la sekor katak yang tengah lari!", jerit katak yang hilang sedikit kesempoiannya itu. "Haha, dia kebuloq nak katak betina la tu sampai duk lari lagi". Walaupun ayat-ayat ini makin kuat bunyinya dan boleh didengari sampai puncak gunung tu, katak sempoi yang terakhir tu tak berenti pun, dan teruskan berlari. Sampai la katak sempoi tu sampai puncak gunung tu. Syok bukan main lagi katak sempoi tu.
Jadi katak sempoi tu turun la ke bawah. Tetiba ja katak sempoi tu dikerumuni katak-katak lain. Semua heran, pelik, pasaipa dia boleh sampai atas, yang lain tak boleh. "Ni nak tanya hang. Awat hang boleh sampai ke atas tapi katak lain tak boleh. Hang pakai tangkal apa?"
Katak sempoi tu pun terpinga-pinga. Katak lain tanya lagi, "Awat hang panjat gak, hang nak cari bini ka?"
Katak sempoi tu senyap lagi.
Rupanya, katak sempoi tu pekak. Sebab tu dia tak dengaq apa katak-katak yang tak sempoi tu duk cakap apa. Jadi dia terus panjat ja.
Moral: Hangpa, kalau nak buat apa-apa, jangan peduli kata-kata orang lain. Buat ja. Pekakkan telinga. Sebab manusia kadang-kadang ada sifat dengki, bersangka buruk, tak supportive, kutuk belakang, dan macam-macam lagi.
Wednesday, March 6, 2013
Wednesday, February 27, 2013
Kesabaran Mendidik Anak-Anak
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kesabaran teruji di kelas Peralihan sebentar tadi. Beberapa
anak-anak murid Cina ini sedang bermain lastik-melastik menggunakan tali leher
(dan lebih ekstrem lagi dengan tali pinggang). Walaupun aku tengah mengajar di
hadapan, penat menjerit-jerit minta mereka diam, malangnya aku ini umpama
melukut di tepi gantang.
![]() |
| Kadang-kadang, marah macam ni pun tak guna dah. Bising balik lepas tu. |
Seperti biasa aku mengelilingi kelas untuk memastikan mereka
semua tidak membuat bising yang keterlaluan, ataupun bergaduh (sebab ada yang
menumbuk muka kawan dan ada yang wrestling sampai menangis seorang).
Dan tetiba, ada terdengar bunyi seperti lastikan di belakang
telinga aku. Tali leher itu rupanya ada yang nak dilastikkan di belakang aku
sehingga hampir kena aku.
Menyirap darah aku. Aku memang nak angkat tangan dan tampar
muka budak tu, tapi fikirkan, "Haish, nanti jadi kes pula".
![]() |
| Cuba rotan tangan budak-budak nakal sekarang. Balik report mak bapak, hasilnya jumpa di mahkamah la. |
Ini isunya. Anak-anak nakal sangat dekat sekolah tapi
dimarah sahaja tak berguna. Zaman sekarang dimarah pun, mak bapak datang serbu
sekolah cari cikgu. Apatah lagi kalau dirotan, dicubit.
Memang ada kes cikgu-cikgu yang merotan sampai lebam
badan-badan, tapi kes-kes begitu bukannya merangkumi keseluruhan cikgu pun. Tapi ada orang peduli bila pelajar hentam cikgu?
![]() |
| Sumber: Berita Harian |
Panggil mak bapak? Macam mana kalau mak bapak pun tak percaya hang? Defend anak lagi. Cikgu salah itu ini.
Macam mana?
Ibarat pepatah Melayu, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nak didik anak jadi berguna, berdisiplin, tak mengada-ngada, tak kurang ajar, memang memerlukan penegasan dari kecil lagi. Sebab tu Rasullullah S.A.W. mendidik anaknya dengan adab-adab yang cantik molek.
Dipetik dari Sozcyili.blogspot.com
4 tahap
bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah:
Umur
anak-anak 0-6 tahun.
Pada masa
ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi
anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa
mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap
anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan
walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
Umur
anak-anak 7-14 tahun.
Pada tahap
ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak.
Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan
sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan
sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di
antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk
menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian
muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta
sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
Umur
anak-anak 15- 21 tahun.
Inilah fasa
remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya
mendekati anak-anak dengan BERKAWANdengan mereka. Banyakkan berborak dan
berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja
perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka
dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka.
Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan
mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain
tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua
mereka.
Kesannya,
tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan
dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah
untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah
ada di rumah bersama keluarga.
Umur anak 21
tahun dan ke atas.
Fasa ini
adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada
anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka
sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap
hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan
mereka yang sebenar di luar rumah.
Insha’Allah dengan segala displin
yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa
jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang
diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang
baik seperti yang ibubapa inginkan.
Sekian sahaja coretan untuk kali ini.
P/s: Nak didik anak-anak bukan tanggungjawab cikgu sahaja, ibu bapa pun kena main peranan. Bukan lepas tangan dekat cikgu di sekolah. Cikgu kena tengok 90 anak-anaknya dalam satu hari sahaja di sekolah, masing-masing dengan ragam tersendiri. Jadi apa salahnya tengok dan didik akhlak mereka dahulu di rumah.
Friday, February 22, 2013
Guru: Dahulu dan Sekarang
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bukan mudah mahu menulis berkenaan seorang guru. Kerana perkara ini boleh menjadi terlalu sensitif, baik buat guru itu sendiri, pihak pentadbir sekolah, ibu bapa, ataupun pelajar. Hubungan antara pihak-pihak ini biasanya tak pernah nak aman sekarang.
Di bawah ni, aku copy dari orang lain. Komen tu aku tambah sendiri. Tapi, ingat, bukan semua guru macam ini, dan bukan semua pelajar macam ini. Nanti cakap aku generalize pulak. Dan, mungkin komen aku ni bersifat bias kepada guru, sebab aku sendiri seorang guru, dan aku melihat perkara ini daripada perspektif guru. Maafkan aku kalau ada yang terasa hati, tetapi harap janganlah, ye?
Asal jadual Dahulu dan Sekarang: http://segalabenda.com/perbezaan-guru-dulu-dengan-guru-sekarang/
|
Dahulu
|
Sekarang
|
Komen
|
|
Cikgu dahulu sangat garang kepada pelajar. Silap sikit makan rotan
dengan penampar.
|
Cikgu sekarang takut nak garang dengan pelajar kejap lagi cikgu
pulak yang kene penampar.
|
Mana taknya, ibu bapa sekarang sangat melindungi anak masing-masing.
Anaknya tiada salah, baik akhlaknya, senang kata, sempurna. Kalau begitu,
penilaian cikgu tentang perangainya adalah salah sebab ibu bapa kenal sungguh
anak-anak mereka.
|
|
Cikgu dahulu(zaman awal kemerdekaan) tak pentingkan sangat gaji.
Berapa-berapa pun syukur.
|
Cikgu sekarang lak duk bising gaji kecik dan selalu disebut-sebut
cikgu 25 haribulan(ini bukan aku cakap ye).
|
Ini mungkin disebabkan keadaan ekonomi zaman sekarang. Barang semua
naik mahal. Dulu orang pun hormat cikgu-cikgu, sampai kadang-kadang bagi beras
sayur untuk balas jasa didik anak-anak mereka.
|
|
Cikgu dahulu lulusan darjah 5 aje.
|
Cikgu sekarang berkelulusan tinggi sehingga peringkat Master.
|
Memang ini tuntutan zaman sekarang. Cikgu-cikgu memang kena upgrade ilmu
pendidikan sendiri sebab pelajar pun sudah advance.
|
|
Cikgu dahulu hampir semua fluent bahasa inggeris.
|
Cikgu sekarang ada yang tak boleh speaking langsung.
|
Sebab dahulu polisi pendidikan adalah di dalam medium Bahasa
Inggeris. Tok-tok kita pun mungkin pandai cakap Bahasa Inggeris.
|
|
Cikgu dahulu dihormati mengalahkan imam masjid. Kalau orang tua yang
ada anak dara, mesti teringin nak buat cikgu menantu.
|
Cikgu sekarang orang tak pandang pun. Kalau orang tua yang ada anak
dara pun, depa pilih yang engineer dulu yang bergaji lebih besar.
|
Mungkin sebab tu cikgu-cikgu sibuk menanti gaji, dan mengeluh gajinya
tak sepadan kerjanya.
|
|
Cikgu dahulu ditakuti murid-muridnya. Kalau bertembung dikawasan luar
sekolah pun sampai ada yang lari sebab terasa aura cikgu tu.
|
Cikgu sekarang kalau bertembung dengan muridnya silap gaya kena
langgar pulak.
|
Hurm, memang generasi sekarang kurang menghormati guru. Guru ni macam
musuh. Tak boleh nampak, tak boleh ditegur, sebab tak memahami ‘jiwa
merdeka’.
|
|
Cikgu dahulu terlibat dengan politik secara terbuka, kerana banyak
gerakan kesedaran datang dari guru-guru.
|
Cikgu sekarang tak boleh terlibat dengan politik kalau nak jugak,
kena letak jawatan.
|
Mungkin disebabkan polisi pendidikan mahukan guru-guru hanya fokus
kepada pendidikan sahaja (tetapi lain hakikatnya).
|
|
Cikgu dahulu dapat lesen penuh untuk mendidik anak muridnya.”cikgu
nak buat ape kat anak saya pun buatlah, yang penting jangan sampai cedera dan
mati aje”.
|
Cikgu sekarang sangat terhad untuk mendidik murid-muridnya.”cikgu
jangan sentuh anak saya, kalau anak saya mengadu kena pukul, saya akan sue
cikgu”.
|
Ha, sebab tu pelajar naik kepala. Cikgu tak boleh ‘sentuh’ mereka.
Mereka kebal. Tak perlu takut. Dan boleh diada-adakan cerita lagi untuk
meraih simpati ibu bapa, padahal mungkin bergaduh di luar sekolah. Asal dapat
balas dendam dekat cikgu, boleh disalahkan terus.
|
|
Cikgu dahulu boleh maki hamun pelajarnya kalau nakal. Tak ada masalah
sebab murid-muridnya memiliki keimanan kepada Allah dari hasil didikan ibu
bapa yang kuat.
|
Cikgu sekarang nak marah pun tak boleh sangat takut nanti anak
muridnya mengalami tekanan jiwa untuk belajar, nanti anak murid tu akan
merosakkan dirinya.
|
Jiwa pelajar-pelajar sekarang kurang kuat, senang terganggu. Sebab tu
banyak lemah dan hanyut dengan dugaan dunia. Berapa banyak dah kes maksiat
dalam dan luar sekolah? Berapa banyak couple remaja kena tangkap
masa operasi Jabatan Agama Islam?
|
|
Cikgu dahulu tak banyak kerja. Hanya mengajar sahaja.
|
Cikgu sekarang banyak kerja sehingga melibatkan kerja-kerja
perkeranian pun cikgu buat.
|
Tak perlu nak senarai la apa kerja cikgu dekat sini. Berjela. Itu pun
masih lagi ada yang buat tak puas hati dekat cikgu. Sebab cikgu cuti banyak,
gaji tinggi, kerja mengajar (excuse me?).
|
|
Cikgu dahulu tanggungjawabnya sikit – fokus kepada pelajar sahaja.
|
Cikgu sekarang bukan setakat bertanggungjawab kepada murid-murid
sahaja, malah kena pulak bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan dan harta
sekolah. Kadang-kadang berusaha mencari idea untuk mendapatkan bantuan
kewangan(bagi aku ini bukan tanggungjawab cikgu, tetapi itulah realiti cikgu
sekarang).
|
Sebab tu cikgu ni serba boleh. Tetapi ramai tak sedar. Tak semua
orang ada kemahiran menyeluruh macam cikgu. Bila cikgu nak latih anak-anak
jadi pelajar yang holistik pembangunannya, dapat macam-macam kekangan.
|
|
Cikgu dahulu berimej bersih sebab takda kes-kes salah laku.
|
Cikgu sekarang, calar imejnya kerana kes-kes gangguan seksual
terhadap pelajar.
|
Cikgu kurang iman rasanya? Nafsu membuak-buak tengok pelajar makin
lama makin seksi dalam sekolah? Atau sengaja cari peluang untuk fitnah cikgu?
Siapa tahu?
|
|
Cikgu dahulu habis waktu kerja boleh balik lepak-lepak dengan anak
isteri.
|
Cikgu sekarang sampai malam pun datang sekolah sebab nak buat kelas
tambahan, terutama untuk pelajar asrama.
|
Tak dinafikan. Susah nak jumpa cikgu balik sekolah boleh lepak.
Padahal nak tenangkan minda tu dengan keluarga, tak dapat pula nak
bemesra-mesra. Duduk sekolah mengadap komputer, balik rumah pun sama juga nak
siapkan kerja. Aduhai.
|
|
Cikgu dahulu bila terjumpa murid lamanya kat tengah jalan, silap gaya
kena peluk cium lagi, betapa sayangnya mereka kat guru mereka.
|
Cikgu sekarang kalau terjumpa dengan murid lamanya, silap gaya
muridnya akan berpaling muka seolah-olah tak nampak.
|
Kenapa? Takut? Berdendam? Kejayaan milik diri sendiri? Cikgu tak ada
peranan dalam meolong pelajar?
|
Jadi, bagaimana? Ada benar tak kenyataan-kenyataan di atas?
Sekali lagi diingatkan, TAK SEMUA CIKGU, PELAJAR, IBU BAPA macam disebut di atas.
Cabaran pendidikan zaman sekarang ni sangatlah mecabar. Kadang-kadang, rasa macam tugas mendidik anak bangsa ni tak dapat pengiktirafan yang sepatutnya.
Siapa cikgu yang setuju, dan siapa warga bukan guru yang setuju?
Susahkan nak dapatkan jumlah yang bersetuju dengan hal ni?
Apa-apa pun, aku harap pendidikan zaman sekarang akan betul-betul seperti yang dimaksudkan. Lengkapkan institusi pendidikan, baru kita boleh cakap pasal pendidikan bertaraf global. Jangan ditekan lagi kepada guru, sebab makin lama, mental guru pun akan rosak. Guru pun manusia biasa juga, ada hati dan perasaan.
Thursday, January 24, 2013
Accident, dan Maulidur Rasul Pontian
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
![]() |
| Inilah kereta Persona Elegance aku, dengan bodykit R3 dari bumper depan, skirting, bumper belakang, dengan spoiler. |
Dekat atas ni gambar kereta aku. Bangga dengan kereta aku. Tak dapat kereta sport, sepot (sebutan macam se-pot) pun bolehlah.
14 Januari yang lepas, aku mengalami kemalangan. Hentam belakang kereta kancil. Sampai kereta aku hampir-hampir terbang, mungkin sebab tayar kereta aku panjat tayar kiri belakang kereta yang nak belok masuk simpang kanan. Melayang kereta dan terhempas di bahu jalan. Patah sport rim tayar kanan depan. Bumper R3 pun pecah. Habis. Tergamam aku dalam kereta untuk satu ketika. Aku pun keluar, tengok kereta Kancil yang aku terlanggar. Kenapa aku terlanggar? Sebab di waktu malam, cermin depan kereta berkabus dan ada motor dari arah bertentangan menggunakan lampu tinggi. Jadi kombinasi dua keadaan tu menyebabkan silau dan serakan cahaya yang menerikkan mata. Tak sempat nak mengelak kereta Kancil yang nak membelok ke simpang kanan. Itu ceritanya. Alhamdullillah, tak ada kecederaan. Nasib baik semua benda insurans yang tanggung. Masuk ke workshop di Pontian, sebelah kubur tanah wakaf lagi.
![]() |
| Pecah tayar pecah sport rim, Lepas kena nak daftar BR1M. LOL. |
![]() |
| Pecah bumper. Nasib baik radiator tak pecah. |
Itu cerita 10 hari yang lepas.
Pagi tadi aku mengganti pengetua untuk sambutan Maulidur Rasul di Pontian. Pagi-pagi pukul enam dah keluar. Disebabkan kereta di workshop (dek kemalangan 10 hari lepas), jadi naik motor. Pergi dengan emak (sebab emak datang ke Benut untuk seminggu). Naik motor pagi-pagi hening, ya Allah, sejuknya. Tinggalkan emak di Masjid Pontian, dan aku pun pi ke tempat berkumpul bermula perarakan. Jauh juga tahun ni, tahun lepas dekat Stadium Mini Pontian, dalam 500 meter ja ke masjid. Tak apa lah. Jadi, beraraklah sambil berselawat. Seronok sebenarnya tengok semua orang berselawat ke atas Rasul kesayangan kita. Lain semangatnya.
![]() |
| Sekitar awal pagi di kawasan berkumpul (terminal bas Pontian di Tambak) |
![]() |
| Pasukan perarakan dengan pelbagai jenis warna baju melayu. |
![]() |
| Keadaan di bawah khemah untuk jemputan Sambutan Maulidur Rasul Pontian |
![]() |
| Siap ada brooch lambang PPD Pontian lagi dekat songkok :) |
Tapi nak balik dari masjid, takda kenderaan, sebab motor dah parking di stesen bas tempat bermula. Jadi, berjalan balik ke sana pula dengan emak. Teksi tak ada. Bas pun entah ke mana. Tak mengapa. Ujian Allah. Dah sampai, baliklah kami ke Benut
Sebelum nak balik, singgah di workshop. Alahai, cepatnya. Kereta dah siap repair. Sport rim 17" ja tak ada. Bos workshop cakap dia akan cuba deal dengan kedai tayar. Tapi kena tinggal situ. Jadi baliklah kami ke Benut.
Pukul 3 lebih, dapat panggilan dari workshop. "Kereta semua dah siap bikin. Topup RM 330 untuk sport rim dengan tayar". Ok. Jadi keluarlah kami naik motor lagi. Tapi, rahmat Allah hari ni, sangat banyak. Hujan turun melimpah-limpah. Sampai empat kali kami berhenti berteduh di hentian bas. Asal hujan dah kurang, jalan. 2 kilometer, hujan balik. Tunggu sampai setengah jam dekat setiap hentian. Basah lencun kami berdua.
![]() |
| Motor yang banyak berjasa untuk aku. |
Dah sampai di workshop, alhamdullillah, mudahnya nak keluarkan kereta tu sebab tak ada apa-apa masalah dah. Mulanya bos workshop cakap akan siap sebelum Tahun Baru Cina. Tengok-tengok, 10 hari lepas accident, dah siap. Fuh, bos, manyak bagus la you.
Maka, hari ini, hari yang sangat dirahmati Allah.
Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di dunia ini. Mari kita sayang Rasul kita dengan berselawat kepada Rasul junjungan kita.
Yaa Nabi Salaam 'alaika
Salutations On You, O Prophet
Yaa Rasul Salaam 'alaika
Salutations On You, O Messenger Of Allah
Yaa Habib Salaam 'alaika
Salutations On You, O Beloved
Salawaatu'llah 'alaika
Blessings Of... Allah Be Upon You.
Ashraqa'l Badru 'alaina
A Full Moon Rises Over Us
Fakhtafat Minhu'l Buduru
The Other Moon Disappears
Mithla Husnika Maa Ra'aina
We Never Saw The Like Of Your Beauty
Qattu Yaa Wajhas-Suroori
O Face Of Gladness
Anta Shamsun Anta Badrun
You Are The Sun, You Are The Moon
Anta Noorun Fawqa Noori
You Are Light Upon Lights
Anta Ikseerun Wa Ghaali
You Are Gold And Even More Priceless
Anta Misbaahu's-Sudoori
You Are The Light Of Hearts
Yaa Habibee Yaa Muhammad
O My Beloved, O Muhammad
Yaa 'arusa'l Khaafiqayni
O Star Of East And West
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
O Star Of East And West
Yaa Imama'l Qiblataini
O Leader Of Both Qiblats
Man-Ra'aa Wajhaaka Yas'ad
Whoever Sees Your Face, Gets Happiness
Yaa Kareem Al-Waalidaini
O The Kind One To Both Parents
Hawdhuka's-Saafi'l Mubarrad
Your Clear And Cool Fountain
Wirdunaa Yawm An Nushoori
Is Our Goal On The Day Of Reckoning
'aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa
The Knower Of The Secret And Even More Hidden
Mustajeeb-Ud-Da'awaati
One Who Accepts Supplications
Rabbi Farhamnaa Jamee'a
O Lord Forgive Us All
Bijamee-'is-Saalihaati
For The Sake Of All The Good Deeds
Thursday, January 10, 2013
Perihal Lampu
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Aku pening dengan cara orang Malaysia bawa kereta. Sebab orang Malaysia ni ada satu penyakit. Penyakit malas pasang lampu signal.
Nak kona kiri ka, kanan ka, bagi la signal dulu. Ni tak, tetiba ja kona. Takda apa-apa signal pun nak dibagi. Silap hari bulan boleh cium bontot kereta orang lain dah.
Hang nak potong kereta orang lain pun, kena bagi signal dulu. Jangan main potong sebarangan ja. Mana la tau, kereta depan hang tu pun jenis bangang, nak kona kanan tanpa bagi signal, and at the same time, hang pun potong ikut kanan jalan. Langgar la hangpa dua-dua orang. Kahkahkah.
![]() |
| Nak potong kereta orang, bagi la signal. Nama pun signal. Bagi isyarat kat orang lain. |
![]() |
| Sia-sia ja pembuat kereta install lampu signal tu, tapi takmau pakai. Apa? Hang nak jimat bateri kereta hang ka? |
Kemudian ada pulak orang yang suka modified kereta ni. Tukar habis lampu signal. Pernah sekali aku nak terlanggar kereta mangkuk hayun ni, yang tukar lampu belakang dia, semua merah. Dah la waktu malam, mana la aku nak nampak kereta warna gelap yang duduk di bahu jalan ni. Tetiba, lampu merah berkelip. Aku fikir mangkuk ni tekan lampu brek dia berulang-ulang kali (mana la tau, boring ka). Rupanya tu signal kereta dia. Tetiba ja dia naik atas jalan dan masuk jalan aku. Aku yang fikirkan kereta dia berhenti tepi jalan, sikit-sikit lagi ja nak terlanggar dia. Mangkuk hayun.
![]() |
| Bayangkan tetiba semua lampu merah yang menyala, ada lampu merah yang berkelip sebagai signal. Tak ka confuse diri hangpa? |
Lepas tu, ada juga yang tukar lampu signal kereta jadi warna putih. Mungkin sebenarnya dia nak buh warna kuning, tapi cerah sangat sampai nak jadi putih. Orang lain boleh ingat tu lampu reverse tau tak? Silap hari bulan, aku bawa kereta, boleh gabra panik gelabah jumpa kereta macam ni. Tetiba ja macam nak undur langgar kereta kita. Hoi! Tukar lampu elok-elok la!
Dan ada juga yang tukar lampu depan kereta pakai lampu warna putih. Setahu aku, kalau kat Malaysia ni, ikut JPJ, hanya kereta yang dipasarkan siap dengan lampu HID (High Intensity Discharge) seperti BMW, Mercedes, etc. saja yang dibolehkan. Maksudnya, kereta-kereta mahal. Diorang punya kereta takpala. Car maker diorang dah check semua lampu supaya tak merbahaya. Masalahnya orang-orang kita ni, teringin nak kaya tapi tak kaya-kaya, nak juga tukar lampu kereta kita yang kuning tu jadi putih. Dah la kedai aksesori kereta ni bukan kira kita kena saman ke tak, janji jual ja. Banyak cakap "Takpa bro, takkan kena saman punya. Lu tengok atas jalan, banyak pakai, takkan kena punya". Ha, ini yang masalahnya. Ikut orang. Lampu HID murahan yang tak ikut spec yang luxury car maker guna ni, selalunya glare dia boleh buat orang bersumpah seranah. Silau sangat!
![]() |
| Ha, tak nampak silau tu? Ni baru gambar, bukan betul-betul lagi. Aku yang tengok gambar ni pun dah kenyit mata dah tak tahan silau dari gambar. |
Lepas tu, banyak daripada kita salah guna lampu hazard. Setahu aku, kalau ikut JPJ, lampu hazard ni hanya boleh diguna bila masa kereta tu dalam masalah, yakni sudah berhenti di tepi jalan. Nama pun hazard, iaitu bahaya. Kereta tu dalam masalah. Bukannya buka waktu hujan lebat. Keadaan ja bahaya, bukan kereta hang yang dalam bahaya. Dalam hujan lebat, cara terbaik adalah buka lampu kereta penuh, dan bawa perlahan ja. Ni nak pakai hazard signal. Kadang-kadang confuse aku bila dah atas jalan masa hujan lebat. Taktau kereta depan aku ni berhenti sebab rosak ka apa. Rupanya tengah bergerak. Bahaya juga tu. Tambah-tambah bila lampu hazard tu menyala, dia punya lampu berkelip-kelip kiri dan kanan. Habaq kat aku, macam mana nak guna lampu signal bila nak potong kereta orang lain? Tak ka mendatangkan bahaya lagi kat orang lain? Double hazard for others!
Dan akhir sekali, yang paling celaka, adalah bila ada kereta yang saja-saja install lampu signal ala-ala siren kereta polis takpun ambulans. Dua kali aku pernah dihon dari belakang oleh kereta yang tiba-tiba laju macam kalut sangat nak kejar ke depan. Aku pun bagi laluan. Sebab ada bunyi signal lagi. Macam ambulans dah bunyi. Tengok-tengok Mazda RX-8 dan satu lagi Toyota Alphard. Hoi. Cilaka la korang. Aku pun guna jalan juga. Aku pun bayar road tax juga. Apa hak hangpa semua nak guna lampu siren tu? Nak suruh orang ke tepi?
P/s: Ni kisah perihal lampu. Belum lagi kisah-kisah sikap pemandu kita di atas jalan.
Sekian, terima kasih.
Sunday, January 6, 2013
Gagalnya Muslimah Ini
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Cuba korang jalan-jalan dekat mana-mana shopping mall. Tengok muda-mudi zaman sekarang, terutamanya anak-anak gadis Melayu beragama Islam.
Mungkinkah kita sudah menjejaki era di mana Islam ini tidak lagi relevan? Hanya perlu digunapakai untuk tujuan membezakan diri dengan mereka yang beragama lain?
Kadang-kadang pelik. Iye la. Tengok sekarang anak gadis Islam ini, sudah berani memakai hot pants, yakni seluar yang sikit lagi ja nak nampak garis bawah punggung. Waduh.
Tapi ada juga yang pakai baju lengan panjang dan tudung, tapi auratnya tetap nampak. Buat apa balut badan dengan baju tapi nampak dalam juga? Pernah tengok kebaya yang di bawahnya kena pakai kain lining, tak pun inner? Kadang-kadang aku pernah nampak ada yang hanya pakai tube, lepas tu nampak tali bra semua. Waduh.
![]() |
| Jangan jadi macam ni yer. Nampak dalam dan benjolan. |
Bukan apa. Bukan tak seksi pun di mata orang lain, seksi sangat. Seksi sampai boleh seksa diri sendiri dan orang lelaki sebab tertengok. Aku tak kisah tengok orang agama lain pakai. Orang Cina ke India ke, orang Putih ke. Aku tak kisah. Sebab agama diorang tak halang diorang. Tapi ni agama orang Melayu, beragama Islam. Sudah jelas dan tak perlu aku nak quote ayat-ayat Al-Quran tentang larangan mendedahkan aurat.
Dan aku sedar, biarpun aku tulis macam ni, dan mungkin ada yang baca, tak akan ada yang sedar. Dan mungkin ada feminist yang nak perjuang hak wanita untuk berfesyen, regardless of religion affiliation.
Apa-apa pun, sedih dengan keadaan sekarang ni. Makin lama, makin meruncing. Macam mana nak buat yer? Nak kata tak ajak berbuat kebaikan, dah ajak. Nak kata tak tegur, dah tegur. Nak kata tak laksana undang-undang, dah mula dari sekolah lagi. Mana silapnya?
Sekian, terima kasih.
Matapelajaran Baru: Parking Berhemah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pernah tak bila korang nak cari parking, tapi tak dapat jumpa? Takpa la, bukan rezeki kita. Tapi, yang lagi buat kita rasa nak marah sebenarnya, bila ada orang parking kereta tak betul. Apa dia ingat tempat parking tu bapak dia punya?
Mungkin di Malaysia ni, perlu satu matapelajaran baru seperti Parking Berhemah. Sebab apa? Sebab ramai orang dah malas nak parking betul-betul. Dia lupa orang lain pun nak parking jugak. Bukan dia seorang ja.
![]() |
| Ha ini contohnya. Aku tak tau kenapa dia parking macam ni. |
![]() |
| Kalau aku ada kapur, dah lama aku tulis atas jalan tu untuk dia. Parking spot just for you. |
Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















