Thursday, January 24, 2013

Accident, dan Maulidur Rasul Pontian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Inilah kereta Persona Elegance aku, dengan bodykit R3 dari bumper depan,
skirting, bumper belakang, dengan spoiler.

Dekat atas ni gambar kereta aku. Bangga dengan kereta aku. Tak dapat kereta sport, sepot (sebutan macam se-pot) pun bolehlah.

14 Januari yang lepas, aku mengalami kemalangan. Hentam belakang kereta kancil. Sampai kereta aku hampir-hampir terbang, mungkin sebab tayar kereta aku panjat tayar kiri belakang kereta yang nak belok masuk simpang kanan. Melayang kereta dan terhempas di bahu jalan. Patah sport rim tayar kanan depan. Bumper R3 pun pecah. Habis. Tergamam aku dalam kereta untuk satu ketika. Aku pun keluar, tengok kereta Kancil yang aku terlanggar. Kenapa aku terlanggar? Sebab di waktu malam, cermin depan kereta berkabus dan ada motor dari arah bertentangan menggunakan lampu tinggi. Jadi kombinasi dua keadaan tu menyebabkan silau dan serakan cahaya yang menerikkan mata. Tak sempat nak mengelak kereta Kancil yang nak membelok ke simpang kanan. Itu ceritanya. Alhamdullillah, tak ada kecederaan. Nasib baik semua benda insurans yang tanggung. Masuk ke workshop di Pontian, sebelah kubur tanah wakaf lagi.

Pecah tayar pecah sport rim,
Lepas kena nak daftar BR1M.
LOL.

Pecah bumper. Nasib baik radiator tak pecah.

Itu cerita 10 hari yang lepas.

Pagi tadi aku mengganti pengetua untuk sambutan Maulidur Rasul di Pontian. Pagi-pagi pukul enam dah keluar. Disebabkan kereta di workshop (dek kemalangan 10 hari lepas), jadi naik motor. Pergi dengan emak (sebab emak datang ke Benut untuk seminggu). Naik motor pagi-pagi hening, ya Allah, sejuknya. Tinggalkan emak di Masjid Pontian, dan aku pun pi ke tempat berkumpul bermula perarakan. Jauh juga tahun ni, tahun lepas dekat Stadium Mini Pontian, dalam 500 meter ja ke masjid. Tak apa lah. Jadi, beraraklah sambil berselawat. Seronok sebenarnya tengok semua orang berselawat ke atas Rasul kesayangan kita. Lain semangatnya.

Sekitar awal pagi di kawasan berkumpul (terminal bas Pontian di Tambak)

Pasukan perarakan dengan pelbagai jenis warna baju melayu.

Keadaan di bawah khemah untuk jemputan Sambutan Maulidur Rasul Pontian

Siap ada brooch lambang PPD Pontian lagi dekat songkok :)

Tapi nak balik dari masjid, takda kenderaan, sebab motor dah parking di stesen bas tempat bermula. Jadi, berjalan balik ke sana pula dengan emak. Teksi tak ada. Bas pun entah ke mana. Tak mengapa. Ujian Allah. Dah sampai, baliklah kami ke Benut

 Sebelum nak balik, singgah di workshop. Alahai, cepatnya. Kereta dah siap repair. Sport rim 17" ja tak ada. Bos workshop cakap dia akan cuba deal dengan kedai tayar. Tapi kena tinggal situ. Jadi baliklah kami ke Benut.

Pukul 3 lebih, dapat panggilan dari workshop. "Kereta semua dah siap bikin. Topup RM 330 untuk sport rim dengan tayar". Ok. Jadi keluarlah kami naik motor lagi. Tapi, rahmat Allah hari ni, sangat banyak. Hujan turun melimpah-limpah. Sampai empat kali kami berhenti berteduh di hentian bas. Asal hujan dah kurang, jalan. 2 kilometer, hujan balik. Tunggu sampai setengah jam dekat setiap hentian. Basah lencun kami berdua.

Motor yang banyak berjasa untuk aku.

Dah sampai di workshop, alhamdullillah, mudahnya nak keluarkan kereta tu sebab tak ada apa-apa masalah dah. Mulanya bos workshop cakap akan siap sebelum Tahun Baru Cina. Tengok-tengok, 10 hari lepas accident, dah siap. Fuh, bos, manyak bagus la you.

Maka, hari ini, hari yang sangat dirahmati Allah.

Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di dunia ini. Mari kita sayang Rasul kita dengan berselawat kepada Rasul junjungan kita.

Yaa Nabi Salaam 'alaika
 Salutations On You, O Prophet
Yaa Rasul Salaam 'alaika
Salutations On You, O Messenger Of Allah
Yaa Habib Salaam 'alaika
Salutations On You, O Beloved
Salawaatu'llah 'alaika
Blessings Of... Allah Be Upon You.

Ashraqa'l Badru 'alaina
A Full Moon Rises Over Us
Fakhtafat Minhu'l Buduru
The Other Moon Disappears 
Mithla Husnika Maa Ra'aina
We Never Saw The Like Of Your Beauty
Qattu Yaa Wajhas-Suroori 
O Face Of Gladness 

Anta Shamsun Anta Badrun
You Are The Sun, You Are The Moon
Anta Noorun Fawqa Noori
You Are Light Upon Lights 
Anta Ikseerun Wa Ghaali
You Are Gold And Even More Priceless 
Anta Misbaahu's-Sudoori 
You Are The Light Of Hearts 

Yaa Habibee Yaa Muhammad
O My Beloved, O Muhammad
Yaa 'arusa'l Khaafiqayni
O Star Of East And West
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
O Star Of East And West 
Yaa Imama'l Qiblataini 
 O Leader Of Both Qiblats 

Man-Ra'aa Wajhaaka Yas'ad
Whoever Sees Your Face, Gets Happiness
Yaa Kareem Al-Waalidaini
O The Kind One To Both Parents
Hawdhuka's-Saafi'l Mubarrad
 Your Clear And Cool Fountain
Wirdunaa Yawm An Nushoori 
 Is Our Goal On The Day Of Reckoning 

'aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa
The Knower Of The Secret And Even More Hidden 
 Mustajeeb-Ud-Da'awaati
One Who Accepts Supplications
Rabbi Farhamnaa Jamee'a
O Lord Forgive Us All 
Bijamee-'is-Saalihaati  
For The Sake Of All The Good Deeds

Thursday, January 10, 2013

Perihal Lampu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku pening dengan cara orang Malaysia bawa kereta. Sebab orang Malaysia ni ada satu penyakit. Penyakit malas pasang lampu signal.

Nak kona kiri ka, kanan ka, bagi la signal dulu. Ni tak, tetiba ja kona. Takda apa-apa signal pun nak dibagi. Silap hari bulan boleh cium bontot kereta orang lain dah.

Hang nak potong kereta orang lain pun, kena bagi signal dulu. Jangan main potong sebarangan ja. Mana la tau, kereta depan hang tu pun jenis bangang, nak kona kanan tanpa bagi signal, and at the same time, hang pun potong ikut kanan jalan. Langgar la hangpa dua-dua orang. Kahkahkah.

Nak potong kereta orang, bagi la signal. Nama pun signal.
Bagi isyarat kat orang lain.

Sia-sia ja pembuat kereta install lampu signal tu, tapi takmau
pakai. Apa? Hang nak jimat bateri kereta hang ka?

Kemudian ada pulak orang yang suka modified kereta ni. Tukar habis lampu signal. Pernah sekali aku nak terlanggar kereta mangkuk hayun ni, yang tukar lampu belakang dia, semua merah. Dah la waktu malam, mana la aku nak nampak kereta warna gelap yang duduk di bahu jalan ni. Tetiba, lampu merah berkelip. Aku fikir mangkuk ni tekan lampu brek dia berulang-ulang kali (mana la tau, boring ka). Rupanya tu signal kereta dia. Tetiba ja dia naik atas jalan dan masuk jalan aku. Aku yang fikirkan kereta dia berhenti tepi jalan, sikit-sikit lagi ja nak terlanggar dia. Mangkuk hayun.

Bayangkan tetiba semua lampu merah yang menyala, ada lampu merah
yang berkelip sebagai signal. Tak ka confuse diri hangpa?
Lepas tu, ada juga yang tukar lampu signal kereta jadi warna putih. Mungkin sebenarnya dia nak buh warna kuning, tapi cerah sangat sampai nak jadi putih. Orang lain boleh ingat tu lampu reverse tau tak? Silap hari bulan, aku bawa kereta, boleh gabra panik gelabah jumpa kereta macam ni. Tetiba ja macam nak undur langgar kereta kita. Hoi! Tukar lampu elok-elok la!

Dan ada juga yang tukar lampu depan kereta pakai lampu warna putih. Setahu aku, kalau kat Malaysia ni, ikut JPJ, hanya kereta yang dipasarkan siap dengan lampu HID (High Intensity Discharge) seperti BMW, Mercedes, etc. saja yang dibolehkan. Maksudnya, kereta-kereta mahal. Diorang punya kereta takpala. Car maker diorang dah check semua lampu supaya tak merbahaya. Masalahnya orang-orang kita ni, teringin nak kaya tapi tak kaya-kaya, nak juga tukar lampu kereta kita yang kuning tu jadi putih. Dah la kedai aksesori kereta ni bukan kira kita kena saman ke tak, janji jual ja. Banyak cakap "Takpa bro, takkan kena saman punya. Lu tengok atas jalan, banyak pakai, takkan kena punya". Ha, ini yang masalahnya. Ikut orang. Lampu HID murahan yang tak ikut spec yang luxury car maker guna ni, selalunya glare dia boleh buat orang bersumpah seranah. Silau sangat!

Ha, tak nampak silau tu? Ni baru gambar, bukan betul-betul lagi. Aku yang
tengok gambar ni pun dah kenyit mata dah tak tahan silau dari gambar.
Lepas tu, banyak daripada kita salah guna lampu hazard. Setahu aku, kalau ikut JPJ, lampu hazard ni hanya boleh diguna bila masa kereta tu dalam masalah, yakni sudah berhenti di tepi jalan. Nama pun hazard, iaitu bahaya. Kereta tu dalam masalah. Bukannya buka waktu hujan lebat. Keadaan ja bahaya, bukan kereta hang yang dalam bahaya. Dalam hujan lebat, cara terbaik adalah buka lampu kereta penuh, dan bawa perlahan ja. Ni nak pakai hazard signal. Kadang-kadang confuse aku bila dah atas jalan masa hujan lebat. Taktau kereta depan aku ni berhenti sebab rosak ka apa. Rupanya tengah bergerak. Bahaya juga tu. Tambah-tambah bila lampu hazard tu menyala, dia punya lampu berkelip-kelip kiri dan kanan. Habaq kat aku, macam mana nak guna lampu signal bila nak potong kereta orang lain? Tak ka mendatangkan bahaya lagi kat orang lain? Double hazard for others!

Dan akhir sekali, yang paling celaka, adalah bila ada kereta yang saja-saja install lampu signal ala-ala siren kereta polis takpun ambulans. Dua kali aku pernah dihon dari belakang oleh kereta yang tiba-tiba laju macam kalut sangat nak kejar ke depan. Aku pun bagi laluan. Sebab ada bunyi signal lagi. Macam ambulans dah bunyi. Tengok-tengok Mazda RX-8 dan satu lagi Toyota Alphard. Hoi. Cilaka la korang. Aku pun guna jalan juga. Aku pun bayar road tax juga. Apa hak hangpa semua nak guna lampu siren tu? Nak suruh orang ke tepi?

Installation lampu siren polis dalam kereta biasa memang ada dijual di USA,
tapi di Malaysia tak ada. Sebab ianya hanya ekslusif untuk polis, bomba,
dan ambulans sahaja (dan yang lain-lain untuk tujuan rasmi).
P/s: Ni kisah perihal lampu. Belum lagi kisah-kisah sikap pemandu kita di atas jalan.

Sekian, terima kasih.

Sunday, January 6, 2013

Gagalnya Muslimah Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cuba korang jalan-jalan dekat mana-mana shopping mall. Tengok muda-mudi zaman sekarang, terutamanya anak-anak gadis Melayu beragama Islam.

Mungkinkah kita sudah menjejaki era di mana Islam ini tidak lagi relevan? Hanya perlu digunapakai untuk tujuan membezakan diri dengan mereka yang beragama lain?

Kadang-kadang pelik. Iye la. Tengok sekarang anak gadis Islam ini, sudah berani memakai hot pants, yakni seluar yang sikit lagi ja nak nampak garis bawah punggung. Waduh.

Tapi ada juga yang pakai baju lengan panjang dan tudung, tapi auratnya tetap nampak. Buat apa balut badan dengan baju tapi nampak dalam juga? Pernah tengok kebaya yang di bawahnya kena pakai kain lining, tak pun inner? Kadang-kadang aku pernah nampak ada yang hanya pakai tube, lepas tu nampak tali bra semua. Waduh.

Jangan jadi macam ni yer. Nampak dalam dan benjolan.
Bukan apa. Bukan tak seksi pun di mata orang lain, seksi sangat. Seksi sampai boleh seksa diri sendiri dan orang lelaki sebab tertengok. Aku tak kisah tengok orang agama lain pakai. Orang Cina ke India ke, orang Putih ke. Aku tak kisah. Sebab agama diorang tak halang diorang. Tapi ni agama orang Melayu, beragama Islam. Sudah jelas dan tak perlu aku nak quote ayat-ayat Al-Quran tentang larangan mendedahkan aurat.

Dan aku sedar, biarpun aku tulis macam ni, dan mungkin ada yang baca, tak akan ada yang sedar. Dan mungkin ada feminist yang nak perjuang hak wanita untuk berfesyen, regardless of religion affiliation.

Apa-apa pun, sedih dengan keadaan sekarang ni. Makin lama, makin meruncing. Macam mana nak buat yer? Nak kata tak ajak berbuat kebaikan, dah ajak. Nak kata tak tegur, dah tegur. Nak kata tak laksana undang-undang, dah mula dari sekolah lagi. Mana silapnya?

Sekian, terima kasih.

Matapelajaran Baru: Parking Berhemah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pernah tak bila korang nak cari parking, tapi tak dapat jumpa? Takpa la, bukan rezeki kita. Tapi, yang lagi buat kita rasa nak marah sebenarnya, bila ada orang parking kereta tak betul. Apa dia ingat tempat parking tu bapak dia punya?

Mungkin di Malaysia ni, perlu satu matapelajaran baru seperti Parking Berhemah. Sebab apa? Sebab ramai orang dah malas nak parking betul-betul. Dia lupa orang lain pun nak parking jugak. Bukan dia seorang ja.

Ha ini contohnya. Aku tak tau kenapa dia parking macam ni.
Kalau aku ada kapur, dah lama aku tulis atas jalan tu untuk dia.
Parking spot just for you.
Sekian, terima kasih.

Friday, January 4, 2013

Lagu Lucah - Tubik Masuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mohon maaf la kalau perkataan lucah tu mengundang orang datang blog ni sebab nak tengok porno. Hahaha. Blog ini bebas lucah yer?

Takde apa pun. Saja-saja surfing YouTube, jumpa benda alah ni. Aku ni pulak memang jenis cari video lawak-lawak macam ni.


Suk suk tubik masuk
Masuk lagi ahh~ tubik lagi
Jak jak jak memey sedap
Lamo lamo ah ah ah kohok sedap
dipegey-pegey disedut-sedut

Aigo. Lagu catchy tapi liriknya, bergegar jiwa bila baca.

Rupa-rupanya, lagu ni pasal nikmat hisap rokok.

Ha. Kan dah cakap, bukan blog lucah!

Sekian, terima kasih.

Thursday, January 3, 2013

Kongsi Benda Bukan Benar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ni aku nak berkongsi tentang satu permasalahan masyarakat kita, yakni masalah berkongsi dengan niat hendak berbuat baik, tapi tidak menyelidik dengan mendalam sama ada benar ataupun tidak.

Contohnya, hadis-hadis palsu. Berapa ramai dari kita yang bila nampak orang share hadis dekat FB, terus copy dan paste dekat wall kita sendiri? Mungkin niat kita nak berkongsi dengan kawan-kawan kita. Alhamdullillah, murni niat tu. Tapi, aku rasa, eloknya kita siasat dulu. Sebab zaman sekarang ni ramai yang suka mereka-reka cerita, lepas tu menyesatkan orang lain.

Antara hadis-hadis palsu yang banyak berkeliaran di FB mahupun blog (harap blog aku tak menjadi satu madah penipuan), adalah seperti berikut.

  • Tuntutlah ilmu walaupun hingga  ke negeri China.
  • Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
  • Tidur selepas subuh/ waktu pagi menghalang rezeki.
  • Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.
  • Kebersihan itu separuh daripada iman.
  • Perselisihan dalam umatku adalah rahmat.
  • Sabar itu separuh daripada iman.
  • Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar / paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? Rasulullah berkata: Jihad menentang hawa nafsu.
  • Sembahyang dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 25 sembahyang yang tidak memakai serban dan sekali sembahyang Jumaat dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 70 kali sembahyang Jumaat dengan tidak memakai serban . Dan sembahyang dengan memakai serban itu ganjarannya sama dengan melakukan 10,000 kebaikan.
  • Sesungguhnya bagi Allah ada beberapa malaikat yang ditugaskan untuk menjaga pintu-pintu (masjid) jamik pada hari Jumaat. Mereka akan memohon maghfirah kepada Allah untuk orang - orang yang suka memakai serban putih .
  • Yang paling rugi di antara kamu ialah orang yang tidak berkeluarga ( bujang ). Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah berkeluarga itu adalah lebih baik daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum berkeluarga .
  • Dari Ummi Salamah, dia berkata,"Adalah Nabi s.a.w. apabila beliau sedang bersembahyang orang yang (melihatnya) beranggapan bahawa sesungguhnya beliau hanya sebuah jasad yang tidak ada rohnya ".
  • Telah berkata Abu Sa’iid, telah menjadi kebiasaan sebahagian orang yang melakukan sujud sesudah selesai sembahyang untuk berdoa.
  • Barang siapa yang mengerjakan sembahyang subuh sesudah itu dia membaca Qul Huallahu Ahad 100 kali sebelum dia berkata-kata , maka tiap - tiap kali dia membaca Qul Huallahu Ahad diampuni segala dosanya selama setahun.
Sumber:
http://hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis/isu20.htm,
http://suparjo.blogspot.com/p/hadis-hadis-palsu.html

Terdapat banyak lagi hadis-hadis palsu. Mungkin juga ada yang antara ini yang dah lama diterima kita, tapi bila dibuka kitab-kitab hadis, tak jumpa. Tapi kita sendiri tak tau sebab banyak sangat kitab yang ada, kita rasa mungkin hadis tersebut betul. 



Sumber: The Muslim Show (https://www.facebook.com/themuslimshow)
Jadi janganlah kita jadi sebahagian dari mereka yang tertipu dan menipu orang lain pula. Selalu tanya ulama atau ustaz dulu, betul ke tak hadis tu. Ada ke tak. Jangan jadi 'Ustaz Google' ja.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama Sekolah 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ni hari persekolahan baru untuk sesi tahun 2013.

Aku teringat masa belajar Professional Development di IPBA dulu, Dr. Lawrence pernah cakap pasal something pasal Motivation Timeline.

Mula-mula, kita start dengan kedudukan paling atas sekali. Setiap kali mula tahun baru, motivasi kita paling tinggi sekali. Sedia untuk membuat perubahan. Bersemangat. Sebab diri kita penuh dengan motivasi. Itu kuasa motivasi.

Kemudian, mungkin di tengah tahun, motivasi kita berkurang. Cuti tengah tahun 2 minggu kan? Dekat bulan puasa pulak tu. Nak dekat dengan PMR & SPM, mungkin motivasi cikgu naik sikit sebab rush nak siapkan budak-budak untuk exam besar. Hujung tahun, motivasi guru makin meningkat sebab nak cuti, tapi mungkin menurun jugak sebab dah takda apa nak ajar.

Anyway, aku tak pandai nak tulis banyak-banyak hari ni. Mungkin sebab aku penat sikit. Aktif sangat dekat sekolah. Hari pertama kan? Jadi, tengok gambar je la.

Ni kelas aku, Kelas 2 Mutiara. Walaupun kelas ni kelas kedua
dari belakang, tapi budak-budaknya baik-baik belaka :)

Ni meja aku. Dapat meja besar, jadi syok la sebab dapat letak
banyak buku. Taknak terabur dah barang-barang aku lepas ni.

Ni mesyuarat pertama JK Badan Pengawas. Harap pengawas
tahun ni dapat jadi lebih tegas dan dihormati semua orang :)

Hari pertama di sekolah tahun 2013, berakhir dengan hujan
yang sangat lebat. Basah lencun. Rahmat Tuhan :)
Itu je la untuk kali ni. Tapi, hasrat mau jogging tak dapat dilaksanakan sebab hujan. Tapi hari ni makan nasi pinggan kecik ja.

Terima kasih :)

Tuesday, January 1, 2013

Saat Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nama aku Khirol.

Aku bukan orang glamour, yang korang semua boleh jumpa tepi jalan dan fikir, "Aku macam pernah nampak dia ni, macam dalam televisyen". Dan aku juga bukannya blogger yang kental menulis hari-hari, sebab hati, minda dan jari-jemari milik aku ini, sedikit berat untuk mengalirkan kata-kata.

Dengan izin Allah S.W.T., aku akan cuba menceburkan diri dalam arena blogging ni balik. Dulu, aku ada blog, tapi dah lama sangat tinggal. Kesian pada diri sendiri, sebab sifat istiqamah tak wujud dalam diri ini.

Kini tahun baru, tahun 2013. Sama saja tahun demi tahun, berubah angkanya sahaja. Tapi, aku nak cuba merajinkan diri untuk menulis dan berkongsi sedikit tentang serba-serbi hidup ini.

Harap semua yang melawat, boleh 'follow' aku, dan aku akan follow korang balik. You jump, I jump, kan?

Terima kasih ^_^

P/s: Aku ada satu azam tahun baru, yakni azam yang sangat 'general', tapi susah dicapai. Aku nak kurus. Bersama ini saya sertakan gambar waktu masih lagi dalam kegemilangan, dan gambar sekarang. Harap ada yang sudi bagi sokongan :)

Dahulu (November 2010)

Sekarang (Disember 2012)