Tuesday, September 17, 2013

Trick Art Museum @ i-City, Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya dah lama aku tak tulis blog. Ada entri yang aku dah tulis tapi bila dah taip separuh jalan, aku simpan ja sebagai draf. Maka banyaklah entri yang tak publish. Bukan apa. Idea duk ada. Tapi bila nak taip ja ada ja kekangan masa, dan juga faktor sensitiviti yang nak kena difikirkan. Takmau tulis bagi sakit hati orang lain. Aku rasa sudah-sudahlah menyakitkan hati orang, takut terasa lepas tu sumpah seranah.

Cuma kali ni aku nak cerita je la cuti empat hari (Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin (Hari Malaysia)) merupakan cuti hujung minggu yang panjang untuk aku. Jumaat tu aku kira cuti juga sebab kerja separuh hari.

Jadi waktu cuti, aku dengan isteri aku tak banyak buat apa sangat. Tengok TV sambil santai-santai, makan masakan isteri aku buat, dan keluar jalan-jalan tengok alam sikit.

Masa cuti, aku dan isteri pi Trick Art Museum di i-City, Shah Alam. Isteri aku pernah tengok dekat gambar kawan dia dulu, dan ajak aku pi. Tapi ajaknya dulu-dulu, aku ja tak bawa dia pi. Plan asalnya nak pi Bukit Cerakah, tapi masa kami pi tu, dah lewat petang, jadi tak sesuai untuk masuk Bukit Cerakah tu sebab dia tutup pukul 4.30 - 5.00 petang.

Jadi aku pun ajak la ke Trick Art Museum.

Trick Art Museum ni merupakan sebuah premis yang ada lukisan-lukisan di dinding yang dicat dengan mengambil kira perspektif dan bayang. Kena tanya cikgu PSV la sebab depa pandai lagi. Kalau aku memandai cerita pom pang tapi salah, malu ja aku.

Tiket masuk RM10 untuk dewasa. Kanak-kanak aku taktau.

Tapi, sebelum hangpa nak beli tiket, hangpa kena beli satu kad macam kad touch n go tu. RM3. Jadi hangpa kena topup la nilai tiket yang kena bayar tu dekat kaunter. Pandai depa buat duit no.

Jadi bila dah beli tiket, masuk la dalam Trick Art Museum tu. Ingat, nak pi, pi masa orang tak ramai sangat. Bila ramai fuh, pening kepala sebab bila nak ambik gambar ja ada ja orang nak mencelah depan, nak ambil gambar lama-lama dekat satu tempat sebab nak posing sakan.

Tapi pastikan hangpa pandai posing. Tak pandai nanti hangpa tak reti nak bergambar. Duk bergambar macam duk tepi pak guard kat London tu. Keras ja. Hangpa kena buat gaya. Dan ada la contoh gaya dalam gambar yang diletak sebelah lukisan-lukisan tu.

Aku cakap banyak pun tak guna. Sila nikmati gambar di bawah ni. Sebarang pertanyaan lanjut sila ajukan di ruangan komen.

Aku tengah tangkap kasut yang terbang. Isteri aku nak turun ke basement.
Aku pun ikut sekali tapi aku taktau kenapa tangan aku macam tu.
Isteri aku pun kuat juga boleh tolak batu tu sampai senget tiang. Jaga-jaga,

Isteri aku dapat tolak tablet besar tu. Lepas tu dia panjat tangga taktau nak
pi mana. Lepas tu dia nak panjat keluar dari gambar, aku pun nak ikut sama.

Dengan muka selamba, dia tumbuk dinding. Aku pulak takda keja, londeh
spender orang lain (lukisan tu namanya The Scream oleh Edvard Munch).
Lepas tu aku menyeberangi lubang besar dan sepak dinding juga.

Tetiba isteri aku terperangkap dalam bubble yang ditiup orang tu. Dia keluar
dan bagi makan zirafah. Sementara tu aku panjat gunung tapi gambar tu tak
tegak. Hangpa senget kepala sendiri la. Isteri aku bagi makan dekat gajah pulak.

Lepas tu aku jadi matador sambil kacau lembu jantan red bull tu. Dan aku
bagi makan penguin (ka aku curi ikan dari penguin?). Isteri aku bagi duit
RM100 dekat sotong kurita tu, dan aku pulak duk tahan ikan paus tu dari
keluar gambar.

Maka, isteri aku pun menumbuk ikan tu. Dan aku pulak naik pelampung
turun jeram yang laju sampai aku menjerit. Lepas tu aku curah air kat seorang
perempuan yang tengah seterika baju. Isteri aku turun jeram tu nampak buaya
dan menjerit dengan bahagianya.

Isteri aku jeles tengok aku bersandar kat perempuan dengan buah pear tu.
Jadi dia bawa setalam buah nak sumbat kat aku dan secawan kopi. Lepas tu
dia kibarkan poster i-City. Motif? Promote i-City la.

Aku pulak yang dah tak bersihkan siling, jumpa dengan abang Spiderman.
Sampai dia spray jaring dia kat aku. Aku pun lari dan tolong seorang pelukis
yang syok tengok cermin sendiri. Lepas tu terjumpa pulak mumia yang nak aku.
Takut wo. Isteri aku dengan sukarelanya bukak mulut King Kong nak check gigi.

Aku tunggu Batman dan Robin untuk selamatkan aku. Dah selamat aku kena
tikam pulak. Tapi aku selamat lagi dan aku tadah baju kutip duit syiling terjatuh.
Isteri aku dan aku kini ada di pintu nak ke langit la tu.

Tetiba aku tebang pokok. Ish, jahat betul. Tak cukup lagi, aku tumbuk kaca
gambar sampai pecah. Isteri aku sampai takut kena sembur air, bawa payung
untuk tahan. Last-last duduk tunggu Batman dengan Robin.

Kami pun berlari turun dari tangga di langit. Silap hari bulan nak terjatuh keluar.
Aku pun nak promote juga. Tetiba King Kong datang dan aku lari, dengan
muka yang gembira.

Akhirnya, aku bagi E.T. korek telinga aku. Geli tol. Lepas tu aku dan isteri
bergambar macam biasa.
Ok, aku mengarut over sangat. Dah pagi buta ni sebenarnya. Jadi, sila-sila berkunjung ke Trick Art Museum. Pastikan pi lebih dari 3-4 orang untuk memudahkan mengambil gambar. Kami pi berdua jadi duk harap aku ambik gambar hang, hang ambik gambar aku, gambar kita kena minta orang ambikkan.

Sekian, terima kasih.

2 comments:

  1. Aku gelak pecah perut baca caption gambaq2 tu semua! :D
    Nak pi jgk la nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lol. Kering idea nak buh caption hahaha. Pi pi. Syok posing haha. Memang muka buat kering je bila orang tengok. Lantak la.

      Delete