Friday, February 22, 2013

Guru: Dahulu dan Sekarang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bukan mudah mahu menulis berkenaan seorang guru. Kerana perkara ini boleh menjadi terlalu sensitif, baik buat guru itu sendiri, pihak pentadbir sekolah, ibu bapa, ataupun pelajar. Hubungan antara pihak-pihak ini biasanya tak pernah nak aman sekarang.



Di bawah ni, aku copy dari orang lain. Komen tu aku tambah sendiri. Tapi, ingat, bukan semua guru macam ini, dan bukan semua pelajar macam ini. Nanti cakap aku generalize pulak. Dan, mungkin komen aku ni bersifat bias kepada guru, sebab aku sendiri seorang guru, dan aku melihat perkara ini daripada perspektif guru. Maafkan aku kalau ada yang terasa hati, tetapi harap janganlah, ye?

Asal jadual Dahulu dan Sekarang: http://segalabenda.com/perbezaan-guru-dulu-dengan-guru-sekarang/

Dahulu
Sekarang
Komen
Cikgu dahulu sangat garang kepada pelajar. Silap sikit makan rotan dengan penampar.
Cikgu sekarang takut nak garang dengan pelajar kejap lagi cikgu pulak yang kene penampar.
Mana taknya, ibu bapa sekarang sangat melindungi anak masing-masing. Anaknya tiada salah, baik akhlaknya, senang kata, sempurna. Kalau begitu, penilaian cikgu tentang perangainya adalah salah sebab ibu bapa kenal sungguh anak-anak mereka.
Cikgu dahulu(zaman awal kemerdekaan) tak pentingkan sangat gaji. Berapa-berapa pun syukur.
Cikgu sekarang lak duk bising gaji kecik dan selalu disebut-sebut cikgu 25 haribulan(ini bukan aku cakap ye).
Ini mungkin disebabkan keadaan ekonomi zaman sekarang. Barang semua naik mahal. Dulu orang pun hormat cikgu-cikgu, sampai kadang-kadang bagi beras sayur untuk balas jasa didik anak-anak mereka.
Cikgu dahulu lulusan darjah 5 aje.
Cikgu sekarang berkelulusan tinggi sehingga peringkat Master.
Memang ini tuntutan zaman sekarang. Cikgu-cikgu memang kena upgrade ilmu pendidikan sendiri sebab pelajar pun sudah advance.
Cikgu dahulu hampir semua fluent bahasa inggeris.
Cikgu sekarang ada yang tak boleh speaking langsung.
Sebab dahulu polisi pendidikan adalah di dalam medium Bahasa Inggeris. Tok-tok kita pun mungkin pandai cakap Bahasa Inggeris.
Cikgu dahulu dihormati mengalahkan imam masjid. Kalau orang tua yang ada anak dara, mesti teringin nak buat cikgu menantu.
Cikgu sekarang orang tak pandang pun. Kalau orang tua yang ada anak dara pun, depa pilih yang engineer dulu yang bergaji lebih besar.
Mungkin sebab tu cikgu-cikgu sibuk menanti gaji, dan mengeluh gajinya tak sepadan kerjanya.
Cikgu dahulu ditakuti murid-muridnya. Kalau bertembung dikawasan luar sekolah pun sampai ada yang lari sebab terasa aura cikgu tu.
Cikgu sekarang kalau bertembung dengan muridnya silap gaya kena langgar pulak.
Hurm, memang generasi sekarang kurang menghormati guru. Guru ni macam musuh. Tak boleh nampak, tak boleh ditegur, sebab tak memahami ‘jiwa merdeka’.
Cikgu dahulu terlibat dengan politik secara terbuka, kerana banyak gerakan kesedaran datang dari guru-guru.
Cikgu sekarang tak boleh terlibat dengan politik kalau nak jugak, kena letak jawatan.
Mungkin disebabkan polisi pendidikan mahukan guru-guru hanya fokus kepada pendidikan sahaja (tetapi lain hakikatnya).
Cikgu dahulu dapat lesen penuh untuk mendidik anak muridnya.”cikgu nak buat ape kat anak saya pun buatlah, yang penting jangan sampai cedera dan mati aje”.
Cikgu sekarang sangat terhad untuk mendidik murid-muridnya.”cikgu jangan sentuh anak saya, kalau anak saya mengadu kena pukul, saya akan sue cikgu”.
Ha, sebab tu pelajar naik kepala. Cikgu tak boleh ‘sentuh’ mereka. Mereka kebal. Tak perlu takut. Dan boleh diada-adakan cerita lagi untuk meraih simpati ibu bapa, padahal mungkin bergaduh di luar sekolah. Asal dapat balas dendam dekat cikgu, boleh disalahkan terus.
Cikgu dahulu boleh maki hamun pelajarnya kalau nakal. Tak ada masalah sebab murid-muridnya memiliki keimanan kepada Allah dari hasil didikan ibu bapa yang kuat.
Cikgu sekarang nak marah pun tak boleh sangat takut nanti anak muridnya mengalami tekanan jiwa untuk belajar, nanti anak murid tu akan merosakkan dirinya.
Jiwa pelajar-pelajar sekarang kurang kuat, senang terganggu. Sebab tu banyak lemah dan hanyut dengan dugaan dunia. Berapa banyak dah kes maksiat dalam dan luar sekolah? Berapa banyak couple remaja kena tangkap masa operasi Jabatan Agama Islam?
Cikgu dahulu tak banyak kerja. Hanya   mengajar sahaja.
Cikgu sekarang banyak kerja sehingga melibatkan kerja-kerja perkeranian pun cikgu buat.
Tak perlu nak senarai la apa kerja cikgu dekat sini. Berjela. Itu pun masih lagi ada yang buat tak puas hati dekat cikgu. Sebab cikgu cuti banyak, gaji tinggi, kerja mengajar (excuse me?).
Cikgu dahulu tanggungjawabnya sikit – fokus kepada pelajar sahaja.
Cikgu sekarang bukan setakat bertanggungjawab kepada murid-murid sahaja, malah kena pulak bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan dan harta sekolah. Kadang-kadang berusaha mencari idea untuk mendapatkan bantuan kewangan(bagi aku ini bukan tanggungjawab cikgu, tetapi itulah realiti cikgu sekarang).
Sebab tu cikgu ni serba boleh. Tetapi ramai tak sedar. Tak semua orang ada kemahiran menyeluruh macam cikgu. Bila cikgu nak latih anak-anak jadi pelajar yang holistik pembangunannya, dapat macam-macam kekangan.
Cikgu dahulu berimej bersih sebab takda kes-kes salah laku.
Cikgu sekarang, calar imejnya kerana kes-kes gangguan seksual terhadap pelajar.
Cikgu kurang iman rasanya? Nafsu membuak-buak tengok pelajar makin lama makin seksi dalam sekolah? Atau sengaja cari peluang untuk fitnah cikgu? Siapa tahu?
Cikgu dahulu habis waktu kerja boleh balik lepak-lepak dengan anak isteri.
Cikgu sekarang sampai malam pun datang sekolah sebab nak buat kelas tambahan, terutama untuk pelajar asrama.
Tak dinafikan. Susah nak jumpa cikgu balik sekolah boleh lepak. Padahal nak tenangkan minda tu dengan keluarga, tak dapat pula nak bemesra-mesra. Duduk sekolah mengadap komputer, balik rumah pun sama juga nak siapkan kerja. Aduhai.
Cikgu dahulu bila terjumpa murid lamanya kat tengah jalan, silap gaya kena peluk cium lagi, betapa sayangnya mereka kat guru mereka.
Cikgu sekarang kalau terjumpa dengan murid lamanya, silap gaya muridnya akan berpaling muka seolah-olah tak nampak.
Kenapa? Takut? Berdendam? Kejayaan milik diri sendiri? Cikgu tak ada peranan dalam meolong pelajar?


Jadi, bagaimana? Ada benar tak kenyataan-kenyataan di atas?

Sekali lagi diingatkan, TAK SEMUA CIKGU, PELAJAR, IBU BAPA macam disebut di atas.

Cabaran pendidikan zaman sekarang ni sangatlah mecabar. Kadang-kadang, rasa macam tugas mendidik anak bangsa ni tak dapat pengiktirafan yang sepatutnya.

Siapa cikgu yang setuju, dan siapa warga bukan guru yang setuju?

Susahkan nak dapatkan jumlah yang bersetuju dengan hal ni?

Apa-apa pun, aku harap pendidikan zaman sekarang akan betul-betul seperti yang dimaksudkan. Lengkapkan institusi pendidikan, baru kita boleh cakap pasal pendidikan bertaraf global. Jangan ditekan lagi kepada guru, sebab makin lama, mental guru pun akan rosak. Guru pun manusia biasa juga, ada hati dan perasaan.

1 comment: