Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ni aku nak berkongsi tentang satu permasalahan masyarakat kita, yakni masalah berkongsi dengan niat hendak berbuat baik, tapi tidak menyelidik dengan mendalam sama ada benar ataupun tidak.
Contohnya, hadis-hadis palsu. Berapa ramai dari kita yang bila nampak orang share hadis dekat FB, terus copy dan paste dekat wall kita sendiri? Mungkin niat kita nak berkongsi dengan kawan-kawan kita. Alhamdullillah, murni niat tu. Tapi, aku rasa, eloknya kita siasat dulu. Sebab zaman sekarang ni ramai yang suka mereka-reka cerita, lepas tu menyesatkan orang lain.
Antara hadis-hadis palsu yang banyak berkeliaran di FB mahupun blog (harap blog aku tak menjadi satu madah penipuan), adalah seperti berikut.
- Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China.
- Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
- Tidur selepas subuh/ waktu pagi menghalang rezeki.
- Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.
- Kebersihan itu separuh daripada iman.
- Perselisihan dalam umatku adalah rahmat.
- Sabar itu separuh daripada iman.
- Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar / paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? Rasulullah berkata: Jihad menentang hawa nafsu.
- Sembahyang dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 25 sembahyang yang tidak memakai serban dan sekali sembahyang Jumaat dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 70 kali sembahyang Jumaat dengan tidak memakai serban . Dan sembahyang dengan memakai serban itu ganjarannya sama dengan melakukan 10,000 kebaikan.
- Sesungguhnya bagi Allah ada beberapa malaikat yang ditugaskan untuk menjaga pintu-pintu (masjid) jamik pada hari Jumaat. Mereka akan memohon maghfirah kepada Allah untuk orang - orang yang suka memakai serban putih .
- Yang paling rugi di antara kamu ialah orang yang tidak berkeluarga ( bujang ). Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah berkeluarga itu adalah lebih baik daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum berkeluarga .
- Dari Ummi Salamah, dia berkata,"Adalah Nabi s.a.w. apabila beliau sedang bersembahyang orang yang (melihatnya) beranggapan bahawa sesungguhnya beliau hanya sebuah jasad yang tidak ada rohnya ".
- Telah berkata Abu Sa’iid, telah menjadi kebiasaan sebahagian orang yang melakukan sujud sesudah selesai sembahyang untuk berdoa.
- Barang siapa yang mengerjakan sembahyang subuh sesudah itu dia membaca Qul Huallahu Ahad 100 kali sebelum dia berkata-kata , maka tiap - tiap kali dia membaca Qul Huallahu Ahad diampuni segala dosanya selama setahun.
Sumber:
http://hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis/isu20.htm,
http://suparjo.blogspot.com/p/hadis-hadis-palsu.html
Terdapat banyak lagi hadis-hadis palsu. Mungkin juga ada yang antara ini yang dah lama diterima kita, tapi bila dibuka kitab-kitab hadis, tak jumpa. Tapi kita sendiri tak tau sebab banyak sangat kitab yang ada, kita rasa mungkin hadis tersebut betul.
![]() |
Sumber: The Muslim Show (https://www.facebook.com/themuslimshow) |
Jadi janganlah kita jadi sebahagian dari mereka yang tertipu dan menipu orang lain pula. Selalu tanya ulama atau ustaz dulu, betul ke tak hadis tu. Ada ke tak. Jangan jadi 'Ustaz Google' ja.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment